Tuesday, December 9, 2008

Shalat rawatib yang disunnahkan


Di antara rahmat Allah kepada hambanya adalah bahwa Allah mensyari'atkan bagi setiap kewajiban, sunnah yang sejenis; agar orang mukmin bertambah imannya dengan melakukan yang sunnah, dan menyempurnakan yang wajib pada hari kiamat, karena kewajiban-kewajiban mungkin ada yang kurang.

Shalat ada yang wajib dan ada yang sunnah, puasa ada yang wajib dan ada yang sunnah, demikian pula haji, sedekah dan lainnya, dan seorang hamba sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan yang sunnah-sunnah sehingga Allah mencintainya.

Shalat sunnah bermacam-macam:
1- Ada yang disyar’iatkan berjamaah seperti shalat tarawih, istisqa', shalat kusuf, dan shalat ied.
2- Ada yang tidak disyariatkan berjamaah seperti shalat istikharah.
3- Ada yang mengikuti shalat fardhu seperti sunnah rawatib.
4- Ada yang tidak mengikuti yang lain seperti shalat dhuha.
5- Ada yang mempunyai waktu seperti shalat tahajjud.
6- Ada yang tidak ditentukan waktunya seperti sunnah mutlak.
7- Ada yang terikat dengan sebab, seperti tahiyatul masjid, dan dua rakaat wudhu'.
8- Dan ada yang tidak terikat dengan sebab, seperti sunnah mutlak
9- Ada yang mu'akkad, seperti shalat ied, istisqa', kusuf, dan shalat witir.
10- Ada yang tidak mu'akkad seperti shalat sebelum maghrib dan lainnya.

Ini merupakan kurnia Allah kepada hambanya, dimana Allah mensyari'atkan bagi mereka sarana mendekatkan diri kepadanya, dan menjadikan perbuatan taat berfariasi untuk meninggikan derajat mereka, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka, melipat gandakan kebaikan. Maka bagi Allah segala puji dan syukur.

Shalat Sunnah rawatib

Rawatib dari segi bahasa diambil dari kata raatibah yang artinya terus menerus. Sedangkan pengertian istilahnya shalat rawatib adalah shalat sunnat yang dilakukan.
Waktunya adalah dari mulai masuk waktu shalat hingga iqamah. Sementara yang dilakukan sesudah shalat, waktunya adalah selesai shalat, hingga habisnya waktu shalat tersebut.

Shalat sunnat rawatib terbagi menjadi dua; Shalat Rawatib Mu’aqqad (ditekankan), dengan Shalat Rawatib Ghairu Mu’aqqad (dianjurkan).

Riwayat Bukhari, dari Ibnu Umar: “Aku pernah shalat bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesuah Zohor, dua rakaat sesudah Magrib, dua rakaat sesudah Isha, dan dua rakaat sesudah Jumaat. Yang sesudah Magrib dan Isya, beliau lakukan di rumahnya.”

Riwayat Bukhari, dari Aisyah berbunyi: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah meninggalkan empat rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat sebelum subuh”.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

"Shalatlah kalian sebelum shalat Maghrib (3X) lalu beliau bersabda pada kali ke tiga :"Bagi siapa yang menghendaki, dan dikhawatirkan orang-orang akan menganggapnya sebagai sunnat". (HR. Bukhari)

Hadits diatas secara zahirnya menunjukkkan bahwasanya melaksanakan shalat sunnat sebelum Maghrib adalah hal yang makruh. Namun makna sebenarnya dari sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, agar nantinya shalat ini tidak dijadikan sunnah.

Masih dalam riwayat Bukhari, dari Ibnu Umar: Rasulullah Shalat dua rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat sesudahnya. Kemudian sebuah hadith yang marfu’ berbunyi: “Allah merahmati seseorang yang shalat empat rakaat sebelum Asar”. Hadith ini dihasankan oleh Tarmizi, dan ini sebagai jawapan atas pengikut Malikiyah yang berpendapat bahawa tidak ada shalat sunnah selain witir dan shalat dua hari raya.

Anjuran memisahkan antara dua shalat (Fardu dengan Rawatib).

Dianjurkan bagi seseorang yang ingin melakukan shalat Fardu dengan shalat Rawatib atau selainnya untuk memisahkan antara keduanya dengan berbicara atau berpindah tempat. Hal ini berdasarkan Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

"…sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kami demikian yakni untuk tidak menyambung satu shalat dengan shalat yang lain, sebelum berbicara atau keluar" (HR. Muslim)

Shalat-shalat sunnah ini dilakukan di masjid atau di rumah, dan yang lebih utama dilakukan di rumah, berdasarkan sabda nabi saw: …maka shalatlah wahai manusia di rumah kalian karena shalat yg paling utama adalah shalat seseorang di rumahnya kecuali shalat wajib. (Hadith Bukhari/Muslim)

Rasulullah tidak pernah melakukan shalat setelah Jumaat hingga beliau pulang ke rumah, dan baru beliau shalat dua rakaat. Al-Jama’ah (kecuali Bukhari) meriwayatkan: Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “jika salah seorang dianatara kalian Shalat Jumaat, maka hendaklah shalat empat rakaat sesudannya”. “Dalam riwayat Bukhari: Seseorang masuk masjid pada hari Jumaat ketika sedang Rasulullah sedang berkhutbah. Tanya Nabi kepadanya. “Apakah engkau sudah shalat? “Orang itu menjawab. “Belum” Kata Nabi, “Shalat dua rakaat.”

Tidak ada Shalat Qabilyah Jumaat????

Kebanyakan orang shalat sunnat Qabliyyah setelah mendengar azan pertama berkumandang dan bagi mereka yang memahami bahawa solat tersebut tidak ada dasarnya dari amalan tersebut dari ajaran sunnah yang sahih maka mereka duduk tetap menanti Khatib. Jelas bahawa dalil-dalil yang ada menunjukkan bahawa condongnya matahari maka azan pun dilaungkan dan seterusnya khutbah dan terus kepada agenda utama iaitu shalat Jumaat. Maka jelas tiada waktu untuk amalan ‘sunnah’ yang menjadi adat kebiasaan orang.

Diisyaratkan oleh Al-Hafizh Al-Iraqi:“Tidak diriwayatkan dari Nabi s.a.w bahawa beliau shalat sebelum Jumaat,kerana beliau biasa keluar menuju shalat Jumaat, lalu datang muadzin berazan di hadapan beliau,kemudian beliau berkhutbah.”(Naiilul Athar Jilid 3 hlm. 216,Al-Hafizh mempunyai komentar serupa dalam Al-Nath Jilid 2 hlm. 241)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن

كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“….apabila diseru menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual beli” (Al-Jumuah 62:9)

Ayat ini jelas menunjukkan apabila khatib menaiki mimbar seperti yang termaktub dalam kitab-kitab sunnah. “Jika azan itu dijadikan batas wajibnya bersegera, tidak mungkin lagi kita melakukan solat sunnat Qabliyyah” (Al-I’nayah ‘alal Widayah Jilid 1 hlm. 421)

Tidak ada dalil shahih yang menyebut bahawa ada shalat sunnat rawatib sebelum Shalat Jumaat. Kalaupun ada dalil yang mereka jadikan sandaran adalah qiyas yang tertolak. Sejumlah ulama berpendapat untuk mensunahkan shalat dua rakaat sebelum Jumaat berlandaskan qiyas kepada shalat Zuhur. Menetapakn sunnah hanya dengan keputus qiyas adalah sesuatu yang tidak dibolehkan.

Manakala Abu Syamah dalam kitabnya Al-Ba’itsu a’la inkaril Bida’I wal Hawadits menyebutkan:-

Kalau anda mengatakan bahawa beliau s.a.w shalat sunnah di rumah beliau setelah matahari condong kemudian baru beliau keluar,maka saya katakan: kalau itu terjadi tentunya dinukil riwayatnya oleh para isteri beliau radhiyaullahu ‘anhuma sebagaimana mereka juga menukil seluruh shalat-shalat yang dilakukan Nabi di rumah beliau siang dan malam,bahkan tata cara tahajud dan shalat beliau di amalam hari.Bila tidak ada riwayat satupun tentang hal itu,bererti perbuatan itu tidak ada.Dan itu menunjukkan bahawa perbuatan itu belum pernah terjadi dan tidak disyariatkan.”

Jika masih ada yang ingin membela perlakuan solat sunnah Qabliyyah dengan hadith dari Aisyah secara marfu’ dengan lafazh:-“Beliau biasa shalat dua rakaat sebelum Jumaat di rumah beliau”Hadith ini sesungguhnya batil dan palsu.Cacat hadith ini adalah seorang perawi bernama Ishaq yakni Al-Aswari Al-Bashri. Berkata Ibn Main “Ia seorang pendusta yang suka memalsukan hadith”.(Rujukan tambahan tentang ketiadaan solat sunnah Qabliyyah Jumaat boleh dirujuk pada Sunan Wal Mubtad’at. hlm. 51,Al-Madhal jilid 2 hlm.239 dan Al-Ajwibah An-Naji’ah hlm. 26-410.)

(Rujukan tambahan tentang ketiadaan solat sunnah Qabliyyah Jumaat boleh dirujuk pada Sunan Wal Mubtad’at. hlm. 51,Al-Madhal jilid 2 hlm.239 dan Al-Ajwibah An-Naji’ah hlm. 26-410.)

Rasulullulah melakukannya setelah jumaat di rumah sebanyak empat rakaat, dan jika di masjid hanya melakukan dua rakaat. Katanya. “barangsiapa dianatara kalian shalat, maka shalatlah empat rakaat sesudahnya.” Dalam al-Hadyun Nabawity dikatakan, “Jika bilal selesai Adzan, Rasulullulahmemulai khutbah, dan tidak ada seorang pun yang berdiri untuk melakukan shalat shalat sunnat”.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar dari rumahnya, dan langsung naik membar. Bilal kemudian mengumandangkan adzan, ketika selesai Rasulullulah ‘alaihi wa Sallam langsung khutbah tanpa dipisahkan oleh ibadah apa-apa pun. Orang yang mengir bahawa ketika Bilal selesai adzan, para jamaah langsung berdiri dan melakukan shalat dua rakaat, adalah ketidak mengertian tentang sunnah Nabi. Allahu A’Lam.

Marilah kita meningkatkan ibadah-ibadah nafilah kita di hadapan Allah, sehingga kita tercatat sebagai orang-orang yang ikhlas mencari keridhaan-Nya. Amin.

No comments: