Friday, November 28, 2008

Batas-Batas Kita (Ahlul Sunnah Wal Jamaah) Dengan Ahlul Bid'ah



Dimaksudkan dari tajuk yang ditulis di atas ialah sejauh mana pembeza dan perselisihan yang berlaku di antara kita ahlul sunnah wal jamaah dengan ahlul bid'ah wal hawa.

يُثَبِّتُ اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَفِي الآخِرَةِ

"Allah menetapkan pendirian orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat;" (Surah Ibrahim: 27)

Penulis ini selamanya diminati orang ramai apabila kita membincangkan soal yang menarik, topik lembut, bahasa yang cantik, diselangi dengan hiburan, tidak mencerca mana-mana pihak dan juga tidak menyebut kesalahan mana-mana golongan.

Namun itu bukanlah manhaj yang benar menurut ahlul sunnah kerana kita bukanlah mencari wajah manusia dan sokongan orang ramai supaya kita dapat menang dalam undi pilihanraya bagi menjayakan “kumpulan” kita dan misi Islam kita dengan cara mengumpul orang tetapi sebaliknya.

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

"Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?" (Surah Al-Furqaan: 43)

Kita mencari redha Allah dan mengikuti jalan tarbiyah dan tasfiyah yang dilalui oleh rasulullah dan para sahabat ra dan salaf soleh dan manhaj sunnah yang ditetapkan sebelum kita walau berapa ramai yang membenci kita, menuduh kita dengan pelbagai tuduhan.

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ
لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلَئِكَ هُمُ
الْمُفْلِحُو

"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya,supaya menjadi hakim di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat; dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan." (Surah An-Nuur: 50)

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ
الْفَائِزُونَ

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya, maka merekalah yang beroleh kemenangan." (Surah An-Nuur:52)

Kepada pelajar ilmu yang setia dengan penulisan ini ketahuilah dan peganglah kata-kata ana sebelum ini iaitu kita tidak mahu membebaskan Baitul Maqdis dan tidak menjadikannya salah satu dari misi kita tetapi kita menjadikan Islam sebagai matlamat dan Al-Qur’an dan sunnah sebagai jalan.

Apabila tiba masa dan waktunya kita akan menjadi golongan pertama yang akan membebaskan Baitul Maqdis dan golongan pertama yang menumpahkan darah yahudi dan musyrikin. Yakinlah pada janji Allah dan tetaplah pada jalan kitab Allah dan sunnah rasulullah salalallahualaihiwasalam.
أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي
الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً


"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin?" (Surah Luqman: 20)

Batas Pembeza Antara Ahlul Sunnah dan Ahli Bid’ah

Berkata Al-Hafidz Al-Asfahani bahawa “Telah berkata sebahagian ulama usul yang membezakan manusia kepada pecahan ialah sebanyak tujuh hal utama iaitu : Perihal pada zat Allah, Perihal pada sifat-Nya, Perihal pada perbuatan-Nya, Perihal pada janji dan hal iman, Perihal tentang Al-Qur’an, Perihal tentang kepimpinan (imamah)”

Maka golongan Taysbih tersesat pada zat Allah dan golongan Jahmiyah (golongan yang menafikan sifat Allah) tersesat pada sifat Allah dan golongan Qadariyah sesat pada perihal perbuatan Allah dan Khawarij tersesat pada ancaman Allah dan Murji’ah sesat pada hal keimanan dan Muktazilah sesat mengenai Al-Qur’an dan Rafidhah (Syiah) sesat pada persoalan kepimpinan. (Al-Hujah m/s 409 Jilid 2).

Ahlul sunnah wal Jamaah membawa dakwah dan penekanan pada usul-usul Islam yang disebut persoalan aqidah dan hal ini ialah sekaligus memahamkan kita bahawa perjuangan kita disibukkan oleh persoalan –persoalan aqidah dan hal mendasar yang menetapkan seseorang sebagai muslim atau musyrik atau iman dan kufur.

مَّنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدي لِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ

عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ

حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً

"Sesiapa yang beroleh petunjuk, maka sesungguhnya petunjuk itu untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu atasnya. Dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan Kami tidak mengazab sebelum Kami utuskan seorang Rasul." ( Surah Al-Israa': 15)

Kita tidak ada masa untuk khuruj (keluar bid'ah) mengikuti gerakan tabligh, juga kita tidak ada masa disibukkan dengan amalan kesufian khurafat dan kisah-kisah wali berjalan di atas air dan kisah perempuan murahan seperti Rabiatul Adawiyah serta para-para tokoh sufi bid'ah.Sabda baginda Salallahualaihiwasalam :

Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

Sebaliknya kita disibukkan dengan mengajarkan dan mendakwahkan umat Islam dengan usul Ahlul Sunnah dan aqidah yang sahih dan membela rasulullah, para sahabat ra, para ibu kita ummul mukminah (isteri-isteri rasulullah) dan mengajarkan kepada umat Islam ilmu mereka dan jalan yang sahih dan selamat menuju kepada Allah swt.

وَمَن يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ

هُمُ الْغَالِبُونَ

"Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman itu penolongnya, maka sesungguhnya golongan Allah itulah yang menang."(Surah Al-Maaidah: 56)

Ketika puak sufi mendondongkan syair-syair Rabiatul Adawiyah dan kisah teladannya maka kita ahlul sunnah dengan teguh dan lantang membaca hadith-hadith dan ilmu dari ibu kita Aisyah ra dan mengajarkan anak-anak perempuan kita dan isteri-isteri kita akan teladan para isteri rasulullah, sahabat-sahabat wanita ra.

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ

ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Surah Ali-'Imran: 31)

Ketika Tabligh mengajarkan orang ramai akan hal iman dengan perihal menyeleweng dari sunnah dan dengan kejahilan serta kecetakan ilmu sebaliknya kita mengajarkan umat Islam akan hal iman menurut Ahlul sunnah dan kita membaca kitab Al-Iman tulisan Imam Ibn Abi Syaibah, Al-Iman oleh Al-Imam Ibn Battah dan kitab Al-Iman oleh Imam Baihaqi dan lain-lain ulama ahlul sunnah.

وَلاَ تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا

حَرَامٌ لِّتَفْتَرُواْ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَل

اللّهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُون


"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang yang berdusta terhadap Allah tidaklah berjaya." ( Surah An-Nahl: 116)

Ketika Tabligh membaca kitab Fadhailul Amal yang mengajak kepada amalan soleh dengan bercampur hadith dhaif dan palsu maka kita membaca kepada sanak saudara kita hadith-hadith sahih dan membuka serta mengajar kitab Sahih Bukhari dan Muslim.


Sedang baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)” (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).

Ketika Tabligh keluar (khuruj bid'ah) untuk berdakwah dengan ahli-ahlinya yang jahil agama dan tidak boleh berbahasa arab dan kemudian ke rumah-rumah menganggu umat Islam dan mempersebarkan kejahilan serta mengajak orang ramai menyertai mereka maka kita golongan ahlul sunnah melakukan sebaliknya pula.

Dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda bersabda : “Barangsiapa yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan tempat di neraka.” (Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir 34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).

Kita menghantar keluar dari markaz-markaz kita pendakwah-pendakwah muda yang berilmu, mahir berbahasa arab dan boleh mengajarkan Al-Qur'an dan sunnah untuk ke rumah-rumah, ke masjid dan ke dalam masyarakat bagi mendamaikan umat Islam, mempersatukan umat Islam di atas aqidah yang sahih, menyelesaikan masalah feqah umat Islam, menyelesaikan kekeliruan agama, menghilangkan syak dan wasangka pada iman dan agama, menanamkan semangat cinta agama, mempersatukan dan mendamaikan suami dan isteri, membantu umat Islam yang bermasalah, menikahkan anak-anak muda yang berhasrat untuk bernikah dan paling utama kita tidak pernah dan sama sekali tidak akan mengajak orang ramai kepada kita, kumpulan kita atau persatuan kita !!

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ

نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ

فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ

النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ

تَهْتَدُونَ

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan dahulu, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Surah Ali-'Imran : 103)

Kita bukan persatuan jadi kita tidak mengajak orang ramai kepada menyertai persatuan kita, kita bukan tanzim yang mesti diwala dan ditaati lalu kita tidak mengajak umat Islam kepada organisasi kita dan kita bukan pula kumpulan tariqat sufi bid’ah sehingga perlu mengajak orang ramai mengikuti kita dan membaiah dengan guru-guru kita.

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ

الْمُشْرِكِينَ

Kembalilah kepada Allah dan bertakwalah kepada-Nya; dan dirikanlah sembahyang; dan janganlah kamu menjadi kaum yang musyrik. (Surah Ar-Ruum:31)

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا

لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

"Iaitu orang yang memecah-belahkan agama mereka menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada pada mereka." ( Surah Ar-Ruum: 32)

Sebaliknya kita ahlul sunnah wal jamaah yang bersatu di bawah aqidah dan kita mengajak umat Islam kepada deen Allah dan kembali kepada Al-Qur’an dan sunnah tanpa mengira dari kumpulan mana mereka berada dan sama sekali bukan kepada diri kita.

“Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu.” (Surah Al-Mai’dah : 3).

Kita tidak menyuruh mereka (umat Islam) mengikuti kita kerana kita tidak maksum, juga kita tidak mengajak mereka meniru uslub dan cara kita atau method yang kita guna kerana kemungkinan masyarakat akan menjumpai method dan cara yang lebih sesuai dan uslub yang lebih menarik, mudah dan berkesan dalam dakwah.

Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah :Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

Tetapi kita mengajak manusia kembali kepada Al-Qur’an yang terjamin benar dan sunnah yang dipelihara dan Islam yang dipegang oleh salaf soleh sekalipun kita (yang menyeru seruan ini) ada yang melakukan kesalahan, berdosa, membuat maksiat dan melakukan pelbagai lagi kesalahan tetapi kita menyeru manusia kepada seruan ketuhanan.

بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا

نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

"Dengan membawa keterangan-keterangan dan Kitab-kitab Suci; dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur'an agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya." (Surah An-Nahl: 44)

Kita ahlul sunnah tidak seperti Tabligh yang hanya mendengar ilmu dari kumpulan mereka, dari guru-guru mereka yang berfaham seperti mereka dan mereka membaca kitab-kitab pemikiran mereka dan melakukan amalan-amalan mereka tanpa ilmu dan pengkajian.

Baginda rasul juga pernah bersabda sebagai maksud " Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah ucapan Allah dan sebaik-baik ajaran adalah ajaran Rasulullah. Dan sesungguhnya sejelek-jelek perkara adalah sesuatu yang diada-adakan (dalam agama), kerana sesungguhnya sesuatu yang baru diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah kesesatan." (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 867).

Mereka menguasai masjid dengan ahli mereka berhimpun di masjid dan mereka tidak akan mendengar ceramahan dan teguran kita sekalipun kita ke masjid-masjid mereka dan berusaha menasihati mereka. Tetapi bagi kita masjid kita ialah di mana-mana di bumi Allah ini yang dapat kita jadikan tempat sujud dan demikian dari ilmu yang kita warisi dari rasulullah.

Sebaliknya Ahlul sunnah mendengar ilmu dari mana-mana ulama dan kemudian kita menapis dan mengkaji serta menilai isi kata-kata dan isi ilmu itu apakah ianya menepati kalam Allah dan sunnah rasulullah.Namun begitu kita tolak mereka yang punyai latar belakang jelas keterlibatannya dengan amalan bid’ah dan kejahilan tanpa ada kemahuan kepada kebenaran sehingga mereka ini bertaubat dan kembali kepada aqidah yang sahih.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ

وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا

خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Surah Ali-'Imran: 191)


Isi Dasar Perjuangan Dakwah Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Kita Ahlul sunnah Wal Jamaah sibuk menyampaikan dakwah dalam hal-hal berikut :
1) Perihal tauhid dan menerapkan kefahaman tauhid yang sahih

2) Perihal iman yang sahih menurut faham ahlul sunnah

3) Persoalan Kufur,nifaq dan syirik dan perkara yang melibatkannya yang perlu diketahui

4) Perihal rukun Islam dan Iman danhal berkait Ihsan

5) Perihal kedudukan ahlul zimmah dan sekitar agama lain dalam agama

6) Perihal sekitar hal ghaib seperti malaikat, jin, syaitan dan sepertinya

7) Keimanan kepada Al-Qur’an dan hal-hal ajarannya

8) Persoalan kenabian dan kerasulan serta hak-hak dan ajaran mereka

9) Perihal karamah dan perkara yang mencarik adat ajaran Islam

10) Permasalahan Qadha dan takdir serta hal berkait kehendak Allah

11) Membahas perihal keimanan tentang akhirat , azab kubur, hari kebangkitan, mizan, sirath, Haudh dan sekitarnya dari janji Allah

12) Membincangkan hukum dosa dan kita tidak mengkafirkan perlaku dosa besar sebaliknya mengajar dan membimbing mereka bertaubat

13) Mengajar perihal syafaat

14) Menerangkan persoalan tawasul dan berkat dan perihal jampi dan sekitarnya antara yang benar dan salah

15) Menerangkan tentang fitnah akhir zaman, tanda kiamat dan memberi pertunju jalan yang selamat

16) Mengajarkan hukum-hukum Allah dan kaedah perlaksanaannya

17) Menegakkan persoalan kepimpinan Islam dan haknya dan membela kepimpinan Islam dan membangunkannya dari usaha dakwah dan tarbiyah serta mempertahankannya dari pemberontakkan dan kezaliman

18) Menentang ahlul bid’ah dan menerangkan kesesatan mereka serta menjelaskan perihal sunnah dan ajaran Islam yang sahih

19) Membela dan menerangkan hak rasulullah, para sahabat dan ahli bait rasulullah dalam Islam dan mengajar cara memenuhi tuntutan kepada hak mereka dan menyampaikan ajaran ilmu mereka serta menganjurkan mencintai rasulullah , ahlul bait termasuk isteri-isteri baginda dan para sahabat dan menentang golongan yang menghina dan membenci mereka dari puak syiah dan lain-lain.

20) Persoalan wala dan baraah dan perihal berkait hubungan dengan kufar

21) Menegakkan usaha dakwah kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran menurut teladan dan tunjuk ajar sunnah rasulullah

22) Menerima ilmu dan meneliti serta menjaga warisan ilmu islam dari pencemaran dan penyelewengan kepalsuan pendusta dengan menguasahakan pengkajian sanad-sanad hadith, kitab-kitab ilmu dan menelitinya dari kepalsuan hadith yang disebut sunnah, menerima hadith yang telah jelas sahih sekalipun hadith ahad dan menolak hadith dhaif dan palsu dan berusaha menjelaskan darjah hadith serta hukum hadith kepada masyarakat bagi membela sunnah.

23) Menerangkan kumpulan-kumpulam yang sesat dan jalan yang selamat yang disebut manhaj ahlul sunnah wal jamaah dan menerangkan kesalahan-kesalahan dan kesesatan firqah (kumpulan lain) yang tersesat dari pertunjuk Allah dan rasul serta jalan salaf soleh.

24) Menyeru umat Islam kepada berpegang teguh dengan kitab Allah dan sunnah rasulullah dan menjauhi bid’ah dan kekal dalam keadaan sunnah sekalipun berseorangan dan menderita dan menyakinkan pejuang dakwah salafiyah akan janji-janji Allah dan berusaha mengukuhkan semangat mereka dan menyabarkan mereka dari derita musibah perjuangan.

Daripada Anas ibn Malik ra bekata, Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2260).

Kesimpulannya hendaklah kepada sesiapa yang hendak menganggu jalan kita khasnya kepada tabligh yang mahu memesongkan kita dari penumpuan kita ini dan mengalihkan tumpuan kita dari dakwah yang utama kepada hal yang bid’ah dan merugikan umat Islam maka katakan kepada golongan Tabligh yang berusaha mengetuk pintu email kita bagi mengajak kita Khuruj (keluar bid’ah) di jalan mereka atau katakan kepada kumpulan jemaah-jemaah pelajar di universiti yang sibuk membuat usrah akan pendirian kita ini dan beritahu mereka bahawa jadual kita sudah dipenuhi.

Kembalilah kepada As-Sunnah dan bersamalah dengan golongan Ahlul Sunnah Wal-Jamaah seperti mana di sebut dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud “ Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang -terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian . Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah para sahabat ra siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku.”(Hadith Hasan,riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1).

Katakan bahawa waktu kita sudah disibukkan dengan dakwah dan perjuangan yang lebih utama dan katakan kepada mereka bahawa kita sangat sibuk untuk membuang masa bermain guli bersama mereka kerana kita mahu menerapkan dan membawa dakwah ini supaya dapat disempurnakan dengan segera moga akhirnya setelah terlahir masyarakat yang bersama memiliki aqidah seperti kita ini maka kita dapat terus mara ke bumi musuh-musuh Allah mengambil tanah-tanah mereka, merobohkan kubu-kubu mereka dan memusnahkan tentera-tentera mereka dan menguasai bumi mereka lalu menjadikan segala sesuatu kepada milik Allah dan menegakkan kalimah Allah dan jadilah seluruh dunia ini kembali kepada Allah.

أَفَغَيْرَ دِينِ اللّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ

وَالأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

"Patutkah mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian mahkluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan suka-rela ataupun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan" (Surah Ali-'Imran: 83)

Oleh: Ustaz Emran/Har








"Wahai Tuhan, hanya kepada-Mu aku bersujud, hanya kepada-Mu aku beriman, dan hanya kepada-Mu aku berserah diri.

Berdoa dengan suara nyaring.

Berdoa ertinya bermohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah S.W.T yang Maha Pemurah. Ia adalah satu ibadat. Allah S.W.T. menyuruh and menyukai hamba-hambanya berdoa atau meminta sesuatu kepada-Nya. Orang yang berdoa akan mendapat ganjaran dari Allah.


Firman Allah:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ

عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina”. (Surah Ghaafir: 60)

Dan FirmanNya:

وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا

“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka serulah kepada-Nya dengan nama-nama itu:. (Surah AL-A'raaf: 180)

Dan FirmanNya lagi:

هُوَ الْحَيُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Dialah Yang Hidup; tiada Tuhan melainkan Dia; maka sembahlah Dia dengan mengikhlaskan ketaatan Kepada-Nya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (Surah Ghaafir : 65)

Firman Allah selanjutnya:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ

الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ

يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul”. (Surah Al-Baqarah: 186)

Dan Firman Allah selanjutnya:

قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلَا دُعَاؤُكُمْ فَقَدْ كَذَّبْتُمْ فَسَوْفَ

يَكُونُ لِزَامًا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepada-Nya, kerana itu, maka sesungguhnya kamu telah pun menyalahi (ketetapan Tuhanku); dengan itu, sudah tentu balasan azab akan menimpa kamu”. (Surah Al-Furqaan: 77)



Rasulullah SAW pula bersabda:

“Doa itu adalah ibadat” (Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)

Dan menurut riwayat lain Rasulullah SAW bersabda:

“Doa itu adalah otak ibadat” (Hadith riwayat al-Bukhari)


Dan sabdanya lagi:

“Sesungguhnya doa itu memberi manfaat terhadap bala bencana yang telah berlaku dan yang masih belum belaku, dan tidak menolak qada” Allah melainkan doa” maka sayugialah kamu berdoa” (Hadith riwayat At-Tarmizi)

Bersabda Rasulullah SAW lagi:

“Barangsiapa dibuka pintu doa untuknya bererti telah dibukakan untuknya pintu-pintu rahmat. Dan Tiada sesuatu yang dimohonkan kepada Allah Ta’ala lebih disukai daripada dimohonkan afiat, dan sesungguhnya doa itu memberi manfaat terhadap yang telah diturunkan dan yang belum diturunkan. Dan tidak ada yang mendapat menangkis ketetapan Tuhan melainkan doa, sebab itu hendaklah kamu berdoa.” ( Hadith riwayat al-Bukhari)

Dan selanjutnya Rasulullah bersabda lagi:

“Tiada muslim dimuka bumi yang memohonkan sesuatu permohonan kepada Allah pastilah permohonannya dikabulkan Allah atau dijaukan Allah daripada sesuatu kejahatan, selama ia tidak mendoakan sesuatu yang membawa kepada dosa atau memutuskan silaturrahim.” (Hadith riwayat at-Tarmizi).

Dengan ayat-ayat dan hadith diatas ternyatalah bahawa Doa itu adalah disyariatkan oleh Allah dan RasulNya. Bukan suatu perkara yang diada-adakan.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”. (Surah Al-Fatihah: 5)

Untuk berdoa hendaklah kita memenuhi kaedah dan adab-adabnya dan pantang larangnya. Janganlah kita memohon selainkepada Allah, dan tidak mempersekutukan Allah dalam doa, tidak boleh melalui perantaraan, berdoa hendaklah dengan ikhlas, khusyuk dan tawadhuk, tidak boleh riak dan takabbur, tidak boleh dengan suara keras menengking dan lain-lain lagi.

Berdoa hendaklah dengan penuh yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali berdoa dalam kedaan hatinya lara dan lalai, atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya. Allah tiak akan memperkenankan doa saperti yang tersebut.

Rasulullah SAW bersabda;

Berdoalah kamu kepada Allah dalam kedaan penuh yakin bahawa Tuhan akan memperkenankan doa kamu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah SWT tidak akan meperkenankan doa daripada hati yang lali atau keluh resah. (Hadith riwayat at-Tarmizi)

Setiap orang hendalah memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT semasa dalam keadaan senang atau mudah, supaya Allah SWT memperkenankan doanya ketika berdoa dalam keadaan susah. (Sebagaimana maksud hadith Rasulullah SAW riwayat at-Tarmizi dari Abu Hurairah)

Akan tetapi telah menjadi adat resam orang-orang berdoa dengan suara keras (Nyaring), bahkan dengan mengunakan pembesar-besar suara sehingga kedengaran jauh di luar masjid, bukan untuk mengarah orang berdoa tetapi semata-mata sudah menjadi kebiasaan. Doa dengan suara Nyaring begini sama sekali tidak dikehendaki Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda;

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam kedaan penuh yakin bahawa Tuhan akan memperkenankan doa kamu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah SWT tidak akan meperkenankan doa daripada hati yang lali atau keluh resah. (Hadith riwayat at-Tarmizi)

Setiap orang hendalah memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT semasa dalam keadaan senang atau mudah, supaya Allah SWTmemperkenankan doanya ketika berdoa dalam keadaan susah. (Sebagaimana maksud hadith Rasulullah SAW riwayat at-Tarmizi dari Abu Hurairah)

Akan tetapi telah menjadi adat resam orang-orang berdoa dengan suara keras (Nyaring), bahkan dengan mengunakan pembesar-besar suara sehingga kedengaran jauh di luar masjid, bukan untuk mengarah orang berdoa tetapi semata-mata sudah menjadi kebiasaan. Doa dengan suara Nyaring begini sama sekali tidak dikehendaki Allah SWT.

Firman Allah:

ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

وَلاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا

وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.” (Surah AL-A'raaf: 55.56)

Jelas sudah ayat ini memerintahkan kita supay berdoa kepada Allah dengan segala rendah diri, merasa takut kepada Allah dan meletakkan harapan kita kepadaNya dan dengan suara perlahan pula. Bukan dengan suara Nyaring dan kasar, dan Allah membenci orang-orang yang melampui batas iaitu orang-orang dengan suara nyaring dan orang yang meminta suatu yang bukan-bukan dan yang mustahil.

Dan Firman Allah Lagi:

وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ

مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ

“Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.” (Surah AL-A'raaf: 205)

Berdoa dengan suara yang nyaring, baik kita berseorangan (sendirian) atau beramai-ramai, tanpa sesuatu sebab syar’I adalah termasuk dalam larangan tersebut.

Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas serta dengan suara yang perlahan serta merendah diri. Saperti doa: “Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan pelihara kami dari terkena azab neraka”.

Abu Musa al-Asy’ari meriwayatkan, Katanya:

“Orang-orang mengangkat suara mereka dengan berdoa dalam sebahagian perjalanan, maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka: Batasilah diri kamu (Jangan bersusra nyaring) kerana bahawasanya kamu tidak memohon kepada orang yang pekak dan bukan pula kepada orang yang tiada, sesungguhnya yang kamu meminta kepadnya itu adalah maha mendengar den dekat, lebih dekat kepada seseorang kami dari tengok kenderaanya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sudah menjadi kebiasaan di masjid selepas sembahyang Imam dan makmum berwirid beramai-ramai dengan suara lantang dan imam pun membaca doa dengan suara lantang pula dengan diaminkan oleh makmum. Ini seakan akan ia adalah sesuatu yang wajib ataupun sebahagian dari kesempurnaan shalat.

Jika dilakukan dipandang suatu aib. Mereka tidak menghiraukan orang-orang yang sedang bershalat atau akan beribadat kepada Allah. Mereka berwirid sampailah tamat. Ia adalah satu perbuatan yang sangat tercela dan wajib kita hentikan.

Kesimpulan:

Persoalan ini bukanlah suatu persoalan yang baru bahkan merupakan persoalan yang diperdebatkan dari generasi ke generasi dan akan berlarutan selagi mana kita tidak berlapang dada dan tidak cuba mengkajinya secara ilmiah.

Sebahagian yang mendakwa bermazhab Syafie yang menyakan tetapi sebenarnya telah mengkhianati Al-Imam As-Syafie Rahimahullah dengan menyatakan apa yang tidak dinyatakan oleh Al-Imam As-Syafie sendiri. Ini semua berpunca dari kejahilan dan sikap malas untuk membuka sendiri kitab-kitab Imam Syafie. Akhirnya hanya mendengar dan menerimanya tanpa dikaji adakah ianya benar atau tidak. Maka dari itu wajib bagi kita yang tidak mampu untuk mencari dalil dari Al-Quran dan Sunnah untuk bertaqlid..

Di sini kita sebutkan beberapa ucapan Al-Imam As-Syafie Rahimahullah yang menunjukkan betapa tawadu’nya beliau juga saranan supaya meninggalkan pendapatnya sekiranya bertentangan dengan sunnah Rasulullah Sallallhu alaihi wasallam dan melarang taklid buta kepada pendapatnya.

خلاف قولي مما صح فهو أولى ولا تُقَلِّدُوني

كل ما قلته فكان من رسول الله

“Setiap apa yang aku ucapkan dan didapati apa yang sahih yang diriwayatkan oleh RasululLah menyanggahi pendapatku, maka ianya (hadith Nabi s.a.w) itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku" ( Al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala`, 10/33) – ( Maksudnya: jangan mengikutku dalam pendapat-pendapat beliau yang tidak bertepatan dengan sunnah RasululLah s.a.w.) ”.

فقولوا بها ودعوا ما قلته

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله

“Jika kamu dapati apa yang ada di dalam kitabku menyanggahi sunnah RasululLah s.a.w, maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku”. ( Al-Zahabi, op.cit. 10/34)

Dan banyak lagi:

“Berkata Imam Syafie kepada Imam Ahmad bin Hanbal : Kamu lebih mengetahui Hadith dan Rawinya daripada Aku, sekiranya sesuatu hadith adalah sahih beritahulah kepadaku sama ada dari Kufah atau Basrah atau Syam . Aku akan ke sana sekiranya hadith itu sohih.”

“Sekiranya kamu dapati aku berkata sesuatu, tetapi thabit daripada Rasulullah berlawanan dengan pendapatku, ketahuilah ketika itu aqalku telah hilang.”


Tetapi yang berlaku pada hari ini sekiranya ada orang yang membawakan hadith yang sahih, berlainan apa yang dipelajari dari mazhabnya, maka hadith nabi diketepikan disebabkan ta’sub memegang pendapat mazhab masing-masing, adakah perbuatan tersebut mengikut seperti mana yang diwasiatkan oleh Al-Imam As-Syafie, “Sekiranya Sahih sesuatu hadith maka itulah mazhabku”.

Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya tidak membaca wirid-wirid itu secara beramai-ramai dengan suara nyaring dan terus menerus pada tiap-tiap shalat. Dan tidak juga membaca doa dengan suara nyaring dan diaminkan oleh makmum pada setiap shalat. Nabi dan para sahabat hamnya membaca wirid dan doa dengan suara nyaring ketika mengajar makmum.

Berkata As-Syafie : “Mana-mana imam yang berzikir dengan apa yang dinyatakan secara kuat atau nyaring atau perlahan atau yang lain adalah baik. Aku berpendapat imam dan makmum berzikir selepas selesai solat secara perlahan, kecuali bertujuan mengajar, maka dikuatkan. Setelah itu diperlahankan semula. Begitu juga dengan doa, tidak dikuatkan dan jangan pula perlahan sehingga tidak didengari olehnya”.

( Lihat : Al-Umm, Muhammad bin Idris As-Syafie, jilid 2 muka surat 288, kitab As-Solat )

Bagaimana mungkin meninggikan suara ini telah dijadikan sebagi satu syiar yang dilakukan selpas shalat jamaah, pada hal Allah telah berfirman:

ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”. (Surah AL-A'raaf:55)

Doa dengan cara begini (Suara nyaring) bukanlah dari perbuatan Rasulullah SAW, bukan perkataanya dan bukan pula perakuannya (taqrir)-(Al-Ibda’, halaman 283, 284)

Ibnu Hajar al-Haitami di dalam Kitab Fatwanya berkata:
“Berkata az-Zarkasyi: Menurut Sunnah ialah memperlahan suara pada semua zikir, kecuali Talbiah. Dan al-Auz’I berkata: Asy-Syafie mengagungkan Hadith-hadith yang menyatakan dengan suara keras ialah terhadap orang yang mengajar. Dan disebut di dalam kitab “al-Abab”: dan disunatkan suara dengan bacaan zikir dan doa selapas salam Imam untuk mengajar orang mukmim dan apabila mereka sudah pandai, maka hendaklah diperlahankan.

”Kesimpulan dari pendapat-pendapat Ulama muktabar bahawa perbuatan membaca zikir dan doa beramai-ramai selepas setiap shalat bukan lah sunnah yang diikuti kerana jelas bertentangan dengan sunnah.



Wednesday, November 26, 2008

Mengikuti Salaf Soleh ialah Dengan Menjauhi Bid'ah

Allah swt berfirman :

وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ
اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ
لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ
الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Dan orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah) dari orang Muhajirin dan Ansar, dan orang yang menurut mereka dengan kebaikan, Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.(Surah At-Taubah: 100)

Abu Fadhl Al Hamadzani berkata : “Ahli bid’ah serta orang-orang yang memalsukan hadith lebih berbahaya daripada orang-orang kafir yang secara terang-terangan menentang Islam. Orang-orang kafir bermaksud menghancurkan Islam dari luar sedangkan ahli bid’ah bermaksud menghancurkan Islam dari dalam. Mereka seperti penduduk suatu kampung yang ingin menghancurkan keadaan kampung tersebut sedangkan kaum kuffar bagaikan musuh yang sedang menunggu di luar benteng sampai pintu benteng tersebut dibuka oleh ahli bid’ah. Sehingga ahli bid’ah lebih jelek akibatnya terhadap Islam dibanding orang yang menentang secara terang-terangan.” (Al Maudlu’at Ibnul Jauzi lihat kitab Naqdur Rijal halaman 128).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya As Siyasah Asy Syar’iyyah halaman 123 mengatakan :Sekelompok dari kalangan pengikut Imam Syafi’i, Ahmad, dan selainnya memperbolehkan membunuh orang yang berdakwah pada kebid’ahan yang menyelisihi Al Qur’an. Demikian pula pengikut Imam Malik, mereka mengatakan bahawa Imam Malik membolehkan membunuh Qadariyah bukan karena mereka murtad (keluar dari Islam) tetapi kerana mereka menyebarkan kerosakan di muka bumi.” (Naqdur Rijal halaman 127).

Fudhail bin ‘Iyadl berkata : “Barangsiapa mencintai ahli bid’ah nescaya Allah akan menggugurkan amalnya dan mengeluarkan cahaya Islam dari hatinya. Barangsiapa menikahkan anak perempuannya dengan ahli bid’ah maka dia telah memutuskan silaturahminya. Barangsiapa duduk dengan ahli bid’ah maka dia tidak akan diberi hikmah. Dan kalau Allah mengetahui bahawa seseorang telah memiliki rasa benci kepada ahli bid’ah maka saya berharap semoga Allah mengampuni dosa-dosanya.”

Kepada pelajar ku dengarlah :

Sebahagian ahli bid’ah berkata kepada Abi ‘Imran An Nakha’i : “Dengarlah dariku satu kata!” Lalu Abu ‘Imran berpaling darinya seraya berkata : “Saya tidak mahu mendengar sekalipun setengah kata.” (Lihat Al Jami’ li Ahkamil Qur’an oleh Imam Al Qurthubi jilid 7 halaman 11).

Pernah suatu ketika ada seorang lelaki-lelaki yang dilaporkan kepada Al Auza’i bahawa dia berkata : “Saya duduk bersama Ahli Sunnah dan suatu ketika juga saya duduk dengan ahli bid’ah.” Maka Al Auza’i berkata : “Orang ini ingin menyamakan antara yang haq dengan yang bathil.” (Ilmu Ushulil Bida’ oleh Syaikh Ali Hasan halaman 300).

Sebahagian ahli bid’ah datang kepada Ibnu Taimiyah dengan niat ingin memperindah dan menghiasi bid’ah mereka di hadapan beliau. Mereka berkata : “Ya Syeikh, betapa banyak orang yang bertaubat karena dakwah kami!” Ibnu Taimiyah berkata : “Mereka taubat dari perbuatan apa?” Kata mereka : “Mereka taubat dari mencuri, merompak, dan lain-lainnya.” Lalu Ibnu Taimiyah menjawab : “Keadaan mereka sebelum bertaubat lebih baik daripada keadaan mereka sekarang, kerana sesungguhnya mereka dahulu dalam keadaan fasiq dan meyakini keharaman apa yang mereka kerjakan sehingga mereka selalu mengharap rahmat dari Allah dan mereka ingin bertaubat. Adapun sekarang mereka menjadi sesat dan musyrik akibat dakwah kalian bahkan mereka keluar dari Islam dan mencintai apa yang dibenci Allah dan membenci apa yang disukai Allah … .”

Kemudian Ibnu Taimiyah menjelaskan kepada mereka bahawa bid’ah yang mereka kerjakan lebih jelek daripada kemaksiatan lainnya. (Lihat pula kitab Ilmu Ushulil Bida’ halaman 220).

Ucapan Asy Syathibi : Ahlul bid’ah ialah musuh dan penghancur syariat.” (Al I’tisham jilid 1 halaman 65 tahqiq Salim Al Hilali).

Ucapan Umar bin Khaththab radliyallahu 'anhu : “Hati-hatilah kalian dari ashhabir ra’yi (kaum yang menilai kebenaran dengan akalnya) karena sesungguhnya mereka itu adalah musuh-musuh sunnah. Mereka merasa sulit untuk menghafal hadits sehingga mereka berkata dengan akalnya dan akhirnya mereka sesat dan menyesatkan.” (Sunan Ad Daruquthni, Al Washaya 4/146, Jami’ Bayanil Ilmi 2/123, dan Al Lalika’i 1/123. Lihat kitab Muqaddimat fil Ahwa’ wal Bida’ oleh Nasir bin Abdul Karim Al ‘Aql halaman 61)

Ucapan Said bin Jubair radliyallahu 'anhu : “Kalau seandainya anakku berteman dengan perompak yang sunni maka lebih aku sukai daripada dia berteman dengan ahli ibadah yang mubtadi’ (ahli bid’ah).” (Lihat kitab Ilmu Ushulil Bida’ halaman 218).

Perkataan Ibnu Taimiyah :Sesunguhnya ahli bid’ah itu lebih jelek daripada ahli maksiat yang berupa syahwat. Karena dosa ahli maksiat karena mengerjakan larangan seperti mencuri, zina, minum khamr, atau memakan harta secara bathil. Sedangkan dosa ahli bid’ah iaitu kerana meninggalkan perintah untuk mengikuti sunah dan ijma’ kaum Mukminin.” (Ilmu Ushulil Bida’ halaman 219).

Cukuplah setakat ini bagi ana daripada memperpanjangkan sesuatu yang tidak berguna dan sebenarnya ana cukup tersinggung dengan tulisan pelajar ana di sebuah web peribadi beliau yang sangat menampakkan beliau sudah jauh menyasar dari jalan yang pernah ana anjurkan kepadanya.


Buat ukhti Nailofar semoga beroleh kesedaran bahawa bid'ah bukanlah seringan seperti yang disangka oleh saudari sebaliknya cukup besar dan kenyataan ulama turki saudari itu tidaklah seharusnya dijadikan mizan bagi menolak apa pegangan ulama salaf soleh dalam ijmak mereka.

Janganlah kerana zaman ini manusia sudah meninggalkan sunnah maka saudari sekalian mengatakan kita terpaksa berlembut dengan bid'ah kerana sunnah sudah tidak dikenal sebaliknya bahkan kerana sunnah sudah ditinggalkanlah maka baru kita harus berkeras dan teguh menegakkan dakwah sunnah.

Jauhilah pemikiran bahaya seorang muslimah yang tersasar dari sunnah apabila menyebut :

"Sesungguhnya, jaminan Allah SWT terhadap hamba-Nya ; ahli syurga adalah kepada orang yang mukmin, tidak ada klasifikasi apakah mukmin ikhwani, mukmin tahriri, mukmin tablighi, mukmin wahabi, mukmin salafi, mukmin sufi, dan mukmin-mukmin tertentu saja.

Selama mukmin tersebut menjalankan semua perintah-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya, maka Allah SWT menjanjikan syurga bagi mukmin tersebut." (dipetik dari sebuah web muslimat yang belajar di luar negara) .

Jawapan

Ayat ini sangat berbahaya seolah-olah walau apa pun aqidah seseorang itu baik murjiah, baik qadariyah baik syiah dan baik muktazilah maka dia akan masuk ke syurga Allah selama dia beramal kebaikan (sekalipun amal kebaikan itu dibuat menurut fahamannya) dan ayat di atas ditulis seolah-olah membawa maksud kepada mencabar pegangan Ahlul sunnah Wal Jamaah.

Tentu sahaja ada beza, sekiranya seseorang itu salafi maka fahamannya tentu sahaja berbeza dengan aqidah dan fahaman seorang sufi dari banyak hal.

وَمَا تَوْفِيقِي إِلاَّ بِاللّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

"Dan tiadalah aku akan beroleh taufik melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada-Nya aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali". (Surah Hud: 88)

InsyaAllah ana akan menulis sebuah artikel khusus menjawab pemikiran-pemikiran bahaya dari web ini dan tulisan-tulisan seperti ini yang membawa syubhat dan kejahilan kepada masyarakat.

Tidaklah terhasil pemikiran sebegini melainkan dari akibat hanya mengambil patah-patah ayat-ayat Al-Qur'an dan hadith dari laman-laman web tertentu kemudian mengubah suai menurut fahaman akal sendiri maka inilah yang disebut ahlul ray'yi atau disebut sebagai as-saghir seperti kata ‘Umar bin Al-Khatab ra ketika dia berkata: “Hati-hatilah dan jauhilah oleh kalian orang-orang yang menggunakan ra`yunya (akalnya) . Kerana sesungguhnya mereka adalah musuh-musuh As-Sunnah. Mereka dilemahkan oleh hadith-hadith, hingga tidak mampu menghafalnya. Akhirnya mereka berbicara dengan ra`yu mereka, maka mereka tersesat dan menyesatkan (orang lain).” (Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni rahimahullah dalam Sunan dan Al-Lalikai rahimahullah dalam Syarhu Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah).

Allah swt pula mengajarkan supaya :

فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

"Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui". (An-Nahl : 43).

Sabda rasulullahSesungguhnya ulama’ itu pewaris nabi dan para nabi tidak mewariskan harta tetapi mereka mewariskan ilmu.” ( Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2606, Abu Daud dan Ibn Majah).

Menurut riwayat Abdullah Ibn Mas'ud ra pernah menyebut bahawaManusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar(ulama') mereka dan jika mereka mengambil dari As-shaghir dan buruk, mereka pasti hancur.

”Mereka yang dimaksud sebagai As-shaghir adalah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapakah Ashaghir itu ?”. Dia menjawab,”Orang yang berbicara dengan ra’yu (akal/menafsir sendiri tanpa merujuk dalil). Adapun orang yang mengambil dari pembesar (Ulama') bukan termasuk Ashaghir.” (Lihat Ibn Abd Bar' dalam Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 248).

Berkata Yahya ibn Abi Katsir ra :Sekiranya aku melihat ahli bid’ah berjalan di suatu lorong maka aku pasti akan mencari lorong yang lain” (Siyar A’lamun Nubala oleh Adz-Zahabi).

Benarlah seperti kata Sufyan As-Sauri bahawa “ Bid’ah lebih disukai oleh Iblis dari maksiat kerana maksiat manusia akan bertaubat darinya sedang bid’ah manusia akan merasa tidak bersalah dan berterusan melakukannya.”. (Sila lihat Hilyatul Auliya oleh Abu Nu’aim m/s 26 Jilid 7).

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan beramal salih, sambil berkata: Sesungguhnya aku dari orang Islam! (Surah Fussilat: 33)

0leh: Ustaz Emran Ahmad